Saturday 15 December 2012

..Count On Me..

Assalamualaikum wbt kpd semua sahabat2 sekalian.. Setelah sekian lama aku x update blog aku, baru harini rasa nak update dan bercerita, hehe.. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahteraan.. Seronok betul harini, hari cuti untuk aku, dapat aku berehat2 kat rumah.. Dah 3 bulan rasanya aku x update blog aku ni, sebab mungkin aku sibuk sangat bekerja.. Sepanjang 3 bulan ni, banyak perkara2, pengalaman2, cerita2 yang aku dapat.. Tapi aku x tahu nak cerita yg mana 1, hehe.. Aku ni sebenarnya, kalau rasa feeling2 baru nak update blog, haha.. Kalau mood biasa2 happy, x nak pula update blog, haishh.. Terus kpd tajuk harini, Count On Me by Bruno Mars.. Lagu ni aku mmg suka, dulu aku x tahu pun lagu ni, tapi lepas seorang rakan aku memperkenalkan lagu ni kat aku, aku terus tertarik pada lagu ni, hehe.. Pada awalnya mmg x paham, maklumlah, BI aku bukan bagus pun, but bila aku search balik kat youtube, then terjumpa 1 video clip ni versi cartoon, baru aku faham maksud lagu tu, dan membuatkan aku tersenyum seorang diri, hehe.. Sangat sweet.. Rakan aku ni, mmg baik..dan bg aku dia seorang yg sangat jujur dan banyak membantu.. Bila ada sebarang masalah, mmg perkara pertama adalah berbincang, x ada nak simpan2 dalam hati, profesional, cuma aku je yg selalu nak mengelak..Walaupun dia tua 2 tahun dari aku, tapi aku respek dia sbb dia x anggap aku mcm adik2.. So aku pun mmg selesa mcm tu, hehe.. Kalau nak cerita pasal dia, mmg x habis, jadi cukup cerita sikit je lah eh, hehe, cuma aku nak ucapkan kat dia, selamat bekerja utk harini, jgn sedih2, I'm still here.. hehe.. Dan aku nak berkongsi video clip yg aku jumpa kat youtube.. Ni dia.. tengok2 lah ye....


Saturday 8 September 2012

Ular Mengawan

Assalamualaikum semua.. Mesti korang pelik kan dengan tajuk blog aku kali ni, Ular Mengawan?? Apa bendalah ular mengawan, haha..x ada cerita lain ker..?? Tapi.... bagi aku ular ni agak besar saiznyer sikit, dan dah sah2 lah kalau mengawan tu ada 2 ekor ye x..? x kan sekor kot, hehe.. Itu yang membuatkan berminatnyer aku nak cerita pasal ular mengawan ni, lagipun kejadian ni berlaku pada minggu ke2 hari raya aidilfitri 2012 baru2 ni, di Kampung Tanjung Besar Kuala Lipis.. Tempat aku bekerjalah, sebab tu aku nak cerita.. Hmm, aku dapat cerita n video ni pun dari seorang rakan aku penduduk kampungdi situlah, memang agak terkejut lah tengok saiz ular ni.. Dan nama ular ni, Ular Tedung Selar.. Orang kata, kalau kita kena patuk dengan ular tedung selar ni, 7 second je, memang K.O.. hehe.. Memang lagi menakutkan aku lah, bila dengar panjangnya hampir 15 kaki der, bapak panjang gilerrr dan besar sama dengan betis seorang dewasa.. Takot aku.. Aku difahamkan ular ni ditemui oleh seorang penduduk kampung yang rumahnya berdekatan dengan sebuah sekolah di situ.. Waktu dia mula berjalan di laman rumah, dia terserempak dengan 2 ekor ular ni then memang terkejut 'berukk lah.. Melompat lah member sorang ni, terus masuk rumah..  Diorang kata lagi, disamping ular tu mengawan, ada juga bunyi2 ular yang agak kuat, ala.. mcm bunyi SsssSsss tu laaaaa, memang menakutkan, Lama juga ular ni mengawan, dalam setengah jam juga lah, then selepas tu, kedua2 ular ni di tembak dengan senapang patah, hehe.. X ada orang nak berani dekat kalau saiznya mcm ni... Nasib baik lah waktu kejadian ni hari sabtu cuti sekolah, jadi murid2 pun x ada.. Kalau korang x percaya korang boleh tengok video ni, dan video ni pun diambil zooming la, mungkin agak kabur, tapi boleh laahh..Tengok tau.. =)

Classmate DiPloMa (DKM 6i July 2011 Polisas)

Assalamualaikum kepada, kenalan, sahabat, rakan dan taulan semua.. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat yerrr.. Alhamdulillah, masih diberi peluang dan ruang oleh Allah swt utk hidup dia bumi yang indah ini.. Aku bersyukur kepadaMu.. Ok, harini setelah aku rehat menaip blog selama seminggu, harini aku nak berkongis pasal ClassMate aku time aku ambil Diploma di Polisas.. Aku pun x berapa ingat lah berapa jumlah classmate aku, sebab banyak sangat dah kadang2 bertambah.. Nama kelas aku DKM 6 i means Diploma Kejuruteraan Mekanikal.. 6 stand for semester six lahh.. dan i standfor Integrasi... Integrasi adalah student yang lepasan sijil poli dan sambung pengajian diploma di poli juga, sebab nama integrasi.. hehe.. Nak cerita pasal pengalaman waktu belajar dulu, agak best juga... Memang aku ni kalau dalam kelas memang akan duduk depan, barisan pertama n tengah2.. itulah tempat duduk favourite aku, dan nak kata aku ni selalu datang awal, x ada lah.. 5 minit sebelum kelas bermula, aku sampai lah kelas.. Rakan2 kelas pun baik2, Mungkin aku boleh katakan, yang aku ni waktu belajar diploma, agak aktif beraktiviti dgn aktiviti pelajar ni, dan agak kurang menghabiskan masa bersama kawan2 kelas.. Kadang2 hanya dalam kelas je kami bertemu.. Nanti ada masa, aku cerita tentang aktiviti pelajar yang aku sertai ok di poli dulu, hehe.. Tapi kebanyakan kawan2 dalam kelas aku ni dah tua dari aku.. paling tua umur 26 tahun.. Tapi kami bersahabat baik la, semua benda dapat di settlekan dengan mudah, bantu membantu.. Apa2 korang memang best, tapi apakan daya, setiap pertemuan ada perpisahan.. Walaupun berpisah jasad namun hati kita tetap mendoakan antara 1 sama lain, tanda persahabatan kita semua... Dan selepas aku grad, aku adalah buat sikit video sebagai kenang kenangan tentang classmate aku saja, mungkin ada yang x ada dalam video ni, minta maaflah, ni je gambar yang aku ada, aku dah cuba search dah, hehe.. harap2 anda semua terhibur, hehe.. Terima Kasih Sahabat.. =)

Wednesday 29 August 2012

The BMW 2002 E10 Was Born

Assalamualaikum w.b.t kepada semua, semoga sihat2 selalu dan dipermudahkan segala perjalanan kalian semua ok, hehe.. Harini aku nak cerita sikit atau nak berkongsi la, tentang hobi or minat ni.. Boleh dikatakan kami sekeluarga ni memang minat kepada barang2 lama ni, contohnya macam kereta, jam, motosikal, dan sebagainya.. So kat sini, aku nak berkongsilah kepada anda semua, ini adalah salah satu projek yang kami family n group usahakan.. dan ianya sangat lah rare.. Dan ianya telah berjaya direstorasi selepas 3 tahun iaitu pada tahun 2010..  Kereta ini dibeli oleh ayah aku pada tahun 2007 rasanya, dan setelah melalui pelbagai proses selama 3 tahun,  pada tahun 2011 kereta ni dah pun dijual kepada orang KL..  Aku pun x pasti siapa orangnya, sebab aku x ada time tu, tapi mybe orang chinese lah.. Lepas pada tu, aku langsung x pernah tengok lagi kereta ni.. sempat juga lah, aku bawa kereta ni dulu2, memang steady laa. hehe.. Sampai sekarang kami sekeluarga masih lagi meminati barang2 lama ni, but mungkin kelapangan dari segi masa tu dah x macam dulu, selepas ayah aku tukar kerja n anak2nya pun belajar n kerja, memang kena ada penjagaanlah terhadap kereta tu..  Jadi kami membuat keputusan untuk lepaskannya kepada tuan barunya.. hehe.. bye2~~ Syabas kepada semua yang bertungkus lumus menyiapkan projek ni..  Jangan ingat kami orang kampung x boleh restore kereta ni, keh3x.. Aku difaham kan dalam Pahang ada 2 biji je, So far aku tengok, kereta yang paling cantik dalam banyak2 kereta BMW 2002 (E10) yang aku jumpa kat Malaysia ni, kereta ni laaa... hahaha.. ofcozz lah aku puji kereta ni.. Sepanjang perjalanan restorasi kereta ni di Temerloh Pahang, aku buatlah video sikit, sambil bosan2 kan.. Sebenarnyer video ni aku dah upload kat youtube dah tahun 2010 dulu, tajuknya "The BMW 2002 E10 Was Born" but then atas sebab2 tertentu abang aku delete buat sementara.. So siapa2 yang berminat tentang kereta2 klasik ni, boleh lah anda tengok ya.. Terima kasih, Harap korang terhibur.. Salam.. ^_^





Monday 27 August 2012

Sekilas Raya 2012


Adam main bunga api
Assalamualaikum semua kawan2, kenalan2, rakan2, sahabat2 keluarga2 dan yg mengenali diri ini.. wahh, hehe.. dah mcm duk di perantauan lah pulaaa.. =P...  HAAA... time ni baru aku nak cerita bab raya, but sebelum tu, sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Meyambut Hari Raya Eidulfitri kepada Semua Umat Islam di seluruh dunia, hehe..semoga raya kali ni dapat merapatkan hubungan diantara kita semua.. Raya tahun 2012 ni mmg best lah.. mcm biasa lah, tiap2 tahun mmg aku raya di kuantan lah kan, sebab aku pun memang orang sana pun, hehe..
Raya waktu malam
Raya pertama beraya di rumah belah abah.. dan raya kedua beraya di rumah belah mama.. memang seronok lah, kami semua berkumpul,berkonvoi, hehe.. Raya ke3 tu kami rehat2.. dan raya ke4, bermula lah sesi aku balik temerloh nak raya kat temerloh pula.. hahaha.. gembiranya rasa hati...sebab kawan2 aku semuanya di temerloh.. memang masa aku dihabiskan untuk beraya bersama kawan2 aku di sini.. sebab selepas ni kawan2 semua nak balik belajar,n ada yg dah kerja kan.. so.. sangat seronokkk.. hehe.. dan sangat banyak makan... haha.. Sampai kan ada 3 buah rumah tu, kami beraya 2 kali tau kat rumah tu, mmg buat muka tebal lah.. haha.. Dari tengah hari sampai ke tengah malam, x balik lagi, sambung pula hari berikutnyer... then sambung tgok wayang.. macam2...  fuhh~~ mmg dahsyatt geng2 beraya kali ni, hehe..Tp apa2 pun sekarang ramai yg dah balik belajar balik, ada yg dah p kerja semua, termasuk lah aku.. Semoga tahun depan kita berjumpa lagi ok Semua.. Selamat belajar, selamat bekerja.. Selamat hari raya.. Miss u alll..!! =)

Ini DaH LebiH

Cantikk
Assalamualaikum semua kawan2 semua.. harap2 semua dalam keadaan sihat ya.. Dan kat sini aku nak ucapkan Selamat hari Raya Eidulfitri kepada semua umat islam diseluruh dunia, hehe.. tapi sebelum tu aku bukan nak cerita pasal raya lagi ni ok, hehe.. Sekarang aku nak cerita pasal kejadian kat rumah aku.. hari sabtu baru ni la, kan ramai org buat kenduri kahwin kan.. dah ada lah rumah sebaris aku ni buat kenduri kahwin juga, ramai org datang.. itu x kesah lah kan, biasa lah, kereta mmg byk kan parking tepi2 tu.. Kebetulan pula depan rumah aku, parking lah kereta ayah aku luar pagar....n kitorg keluar lah banda jap nek kreta lain, g beraya mcm tu.. then, last2 balik, kitorg tgok..... Hasilnyerrr... hehe...
Haiyooo,, apa nak dikata.. benda dah jadi kan, entah orang mana terlanggar sidemirror kreta ayah aku.. patah la... Dah lerr stock barang susah nak dapat.. Dah la dulu2 pun dah penah kena langgar sidemirror ni.. mmg korang suka langgar sidemirror je ehh? hehe.. Gurau jek, Tp x apa lah, ada hikmah setiap apa yg terjadi.. kitorg relax je, haha.. Dah aku yg kena repair mggunakan kepakaran yg aku ada, hoho.. Mcm2 ekk benda terjadi, lepas satu.. satu... hehehe.. Apa2 pun aku doa kan org yang terlanggar tu, lepas ni x terlanggar lagi la ok.. hehe..itu nasib baik langgar sidemirror,, kalau langgar anak orang?? haaa.. hehehe.. Tapi, apa2 pun, kepada  yg membawa kereta ni, drive carefully ok..hehe, k babai, salam ~~

Wednesday 15 August 2012

Cermin Oh Cermin

sabo je larr
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah aku dah siap berbuka di Kuala Lipis.. Esok lepas berbuka baru aku balik temerloh rasanya, x sabar nak balik... Harini kerja relax je, mcm biasa saja..  Ohya, sebelum terlupa, aku nak cerita pasal kejadian yg berlaku kelmarin lah... Waktu tu aku tengah drive, dari Kuala Lipis ke Temerloh, mcm biasa... x berapa laju, x berapa perlahan, biasa2 saja, hehe.. lepas tu dari jauh aku nampak sebuah lori bijih besi yg sangat laju sedang menurun bukit, dari arah bertentangan dan nak melepasi sebuah jambatan.. Aku pun mcm biasa lah, bg laluan dulu kat lori tuh.. Then lepas lori tu melepasi jambatan tu, tiba2 lori tu bergoyang agak kuat, menyebabkan mgkin bijih besi tu terkeluar dari lori ke, batu ke, apa lagi...... tiba aku tgh drive tu, punya lah terkejut aku sbb cermin depan kereta aku pecah.. di sebabkan lori tadi tu, then lori tu lalu mcm tu je.. aku dah x boleh nampak apa2 kat cermin depan, Syukur Alhamdulillah sbb kami x mengalami sebarang kecederaan.. Then aku terpaksa drive kreta dgn perlahan hampir setengah jam untuk ke kedai yg berdekatan utk mgganti cermin baru.. Apa pun aku nasihat kepada siapa2 yg memandu tu, bawa lerr kreta elok2 ekk, lebih2 lagi kenderaan berat tu.. x payah lar laju2 sangat... Dah la mood nak raya, hehe.. Apa2 pun Syukur Alhamdulillah..

Tuesday 14 August 2012

MusiBah Di BulaN RamdHaN


Ni time nak buka jahit
Assalamualaikum swt semua.. Harap kawan2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dirahmati.. rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia, walaupun rasa mcm dah terlambat, hehe.. : p hehe.. Cuma di harap kita dapat sama2 lebih kan amalan kita pada hari2 akhir bulan ramadhan supaya mudah mudahan  kita mendapat malam lailatulqadar.. Hmm, aku nak nak cerita tentang musibah yg melanda diri aku sewaktu sehari sebelum nak menyambut hari pertama ramadhan.. Mcm ni....... Lepas aku siap makan malam, aku pun berjalan ke dapur la kononyerr, nak basuh pinggan, tiba2..!! adoiii...!  Astargfirullahalazim... rupa2nyer kaki aku terpijak kaca mug kat lantai.. tanpa berlengah masa, darah mengalir dgn laju seperti menderma darah, hehe.. betul2 kena kat tapak kaki aku.. ishh3x.. Apa lagi, bergegas lah aku ke hospital di temani oleh mak ayah aku.. sambil kaki dibaluti kain apa entah, haha.. Sampai kat sana aku disah kan akan menerima 4 jahitan di tapak kaki.. Rasanyer.. seperti..?? hmm, malas nak cerita, hehe.. Jadi dipendekkan cerita, seminggu ramadhan aku, dihabiskan di rumah sahaja, kerana aku dinasihat kan tidak byk bergerak.. mmg agak susah nak bergerak apabila mcm tu, aku jalan pun bertongkat.. x mo luka di tapak kaki tu lebih serius...Setelah seminggu berlalu dan proses buka jahit dibuat...

Sebelum jahit, cuci dulu

Aku di uji sekali lagi dgn mengalami sakit gigi yang terlampau, disebabkan mgkin kecuaian dokter ketika menampal gigi aku haritu, sehingga mgalami pendarahan kecil.. sehingga gusi aku bengkak teruk beb... sakitnya mmg aku x payah cerita lah, dahsyat sedahsyatnyer.. (sikit lagi nak jadi hulk) cuma aku stay cool je, hehe.. lagi sekali aku mghabiskan masa aku di rumah selama seminggu lagi, sbb sakit gigi kan, siapa tahan, nak buat kerja pun x ada mood.. bermacam2 ubat akau makan, lebih mendukacitakan, aku terpaksa korban kan puasa aku selama 4 hari, sbb terlalu sakit.. aku kena makan ubat... dahsyat betul, berulang alik aku ke klinik, gigi pun dah macam jadi bahan ujikaji dah.. Alhamdulillah, ni dah minggu terakhir bulan ramadhan, kaki aku beransur baik, gigi masih bertahan dgn ubat..  cuma aku ada apoinment dgn dokter balik utk buat rawatan akar pada gigi.. harap2 lepas ni semuanya akan baik, Aku x mo cabut gigi!! haha.. Apa2 pun aku ambil positif lah, semua ni... dan aku x kan lupa kan ramadhan2012 ni, mmg terbaik, hehe.. Mgkin ada sikit gambar time kaki kena jahit.. siapa ya x leh tgok, jgn tgok lerr, hehe.. ok lah, Salam semua.. =)

Sunday 1 July 2012

Malam yg Sunyi..

Assalamualaikum semua.. harap2 semua dalam keadaan yg baik dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.. Entah kenapa malam ni rasa sunyi pula.. sayu je aku rasa malam ni..mgkin sbb aku dgr lagu istikharah cinta tadi agaknya..entah knapa tiba, hati rasa teringat memori2 lama..  mgkin sbb lagu tu x.. lagu tu diberi oleh seorang kenalan aku yg sgt baik dari utara.. dia byk mgajar aku, walaupun kami kenal x lama.. dia ada lah  kawan yg mencetus fenomena baru dalam dunia persahabatan ku.. dulu mgkin kami rapat, tapi sekarang x serapat dulu lagi, aku rasa lebih baik begini... Apa2 pun, Nur.. you r good friend.. dan semoga berjaya dalam pelajaran dan hidup... Jgn sedih2 lagi... Mcm2, benda aku pk kan sebenarnyer mcm bercampur aduk pula... 1 lg mgkin sbb abg aku nak balik KL besok, so mybe i feel a little bit lonely.. kalau ada dia meriah sikit..  but its ok.. wish u selamat sampai KL esok.. n mgkin juga sbb aku mgenang kan nasib aku lepas ni mcm mana, adakah tawaran ke universiti aku diterima... so ni semua mencetuskan seribu 1 perasaan dan persoalan...
Apa2 pun aku minta kat Allah supaya minta hati ni kuat menempuh segala cabaran selepas ni... aku x nak ahli keluarga aku meletakkan harapan yg tggi pd aku..  sbb aku takut akan mengecewakan diorg.. mgkin aku dihadapan org ramai nampak relax n x ada masalah.. tp ada waktu dan ketika fikiran aku bercelaru juga, kdg2 aku penat memikirkannya... dan memerlukan sokongan dari segi moral... but semua tu hanya mainan minda, aku kena positifkan diri.. aku cuba menjadi seorang yg profesional supaya semua benda boleh diterima dgn baik oleh orang lain... bagi aku, melihat orang lain gembira adalah 1 benda yg amat bermakna utk aku... Mana kawan2 aku semua ni, balik lah.. aku dah bosan duk kt rumah nih.. Hasan, Hakim, Hafiszudin, Alan, Ran, Sidah... cepat lah balik, kita boleh sitdown together... makan2, karok2.... hehe.. K lah, itu saja utk malam ni.. terima kasih...  Dgr2 lah lagu istikharah Cinta ni eh.. haha.. bye2.. =)

Friday 8 June 2012

hi tj.. bye2 bukit angin..

skarang aku dah pindah ke taman temerloh jaya.. selama 20 tahun aku menetap di bukit angin tu, byk pengalaman2 dan kenangan2 bersama member2.. aku membesar di sana dlam suasana pinggir bndar yg sgt aman, tidak ada kesesakan dan hampir dgn bandar..tp apa2 pun temerloh jaya ok juga, walaupun rumah taman dan kawasan kjiranan yg agak rapat kiri dan kanan, tp susana di situ aman juga, alhamdulillah syukur kerana Allah mmberiku tmpt utk berteduh..aku kena biasakan diri di sini..tp apa2 pun aku suka duduk di tj ni.. bertukar lah aku kpd warga temerloh jaya pula, haha.. k, babai.. tj, here we are.. :)

Saturday 7 April 2012

Oh TiDakkKK!!

Salam semua, harini macam biasa..happy je, but agak terkejut juga lah dengan berat aku yg semakin meningkat, alamakkk... mcm mana aku nak buat ni.... berat aku dah 7+kg..... hampir 80kg.. fuh, aku pun dah buntu dah ni, aku nak diet la... tp mcm mana eh.. hehe.. aku dah cuba haritu, tapi x jadi.. mybe aku ni kurang senaman lah.. asyik baring n bawa kereta je.. ok, petang ni aku nak basuh kereta.. nak senaman sikit,biar kuar peluh.. kalau berterusan lah mcm ni, mmg habis lah aku.. harini aku makan sikit je, x byk pun.. ok kawan2, sy memerlukan support anda semua.. sebelum kahwin ni, kalau boleh biar slim2 dulu.. kalau lepas kawin nak gemuk pun x apa lah.. hehe.. hellpp me... (tu lah, x kawal makan, merasa lah aku)

Thursday 23 February 2012

Dugaan Betul

Hari, aku kena byk bersabar... sabar.. sabar Zhafran Iman... dugaan.. dugaan.... sabar... harini aku dah bawa kereta dgn berhemah.. Alhamdulillah, tp yg kurang syoknyer ada pula sorang mamat bawa moto ni yg langgar aku pula, hadoii..... apa mcm niee.... makin byk eksiden pula ni, aku dah tension dah nie... habis lah lagi kereta.. ayah aku mcm dah tension jer tadi, tp aku tgok dia sabar je.. aku pun hot juga td, nasib baik org melayu juga.. aku juga kena membebel dgn ayah aku lg, hehe.. haish.. mcm mana nak bawa kereta ni sebenarnya... aku pun dah x reti dah nie.. buat aku rasa fobia pula..  aku dah lah x boleh tgok calar2 kat kereta nie, sakit je mata aku.. tp Alhamdulillah juga mamat tadi x ada apa, cuma kaki dia sakit sikit kot.. Mcm2 la kat lipis nie.. dah buruk lg reputasi aku.. aku dinasihatkan ayah aku supaya berjaga-jaga bila bawa kereta tu..  Baik la, aku lebih berhati-hati lepas ni.. betul juga ckp ayah aku... aku dah habis relax dah tadi, xpe2.mgkin ada hikmah di sebaliknya... saba ya Zhafran Iman... Minta maaf Abah, nnt cuti2 sy bawa kereta masuk woksyop ya...

Alamakk

Hasih, nak dijadikan cerita, hari isnin haritu boleh pula aku terlanggar tembok batu kat ofis ayah aku, aduhai.. maklumlah, kawasan berbukit, hehe.. dah lama x excident ni, nmpk sgt x expert.. Buruk reputasi aku, tp hehe, nasib baik ayah aku x mara, sbb time tu dia yg suh cepat sikit n dia pun ada sekali, cacat dah sikit kereta... hari last program pula tu, aduh.. mcm mana aku nak buat ni, aku dah lah x boleh tengok benda2 mcm ni, sakit mata... Esok pg2 dah kena off tu Benta, ada program lagi..  kereta, maaf kan aku, sbb terlanggar.... Abah,, maaf juga..trima kasih sbb x marah.. hehe.. cat... cat.. cat... Arghh,, saket mata  nengokk wehh... Zhafran Iman, lain kali kamu kena bawa kereta elok2, x mo laju2.. relax je... hehe.. Semoga perjalan esok berada dalam keadaan selamat.. Amin...
~Azam~ Esok nak bawa kereta dgn berhemah..

Tuesday 21 February 2012

KeManakau Pergi

Kemanakah kau menghilangkan diri, sudah lama aku mencarimu, mengapa kau tidak juga aku ketemui.. dimanakah kau.. Aku sentiasa terfikir, di manakah kau berada sekarang.. Adakah kau masih lagi berada dalam keadaan baik seperti dulu, mungkinkan kita tidak ada jodoh utk bersama, adakah kita tidak ada rezeki utk bersama... Kdg2 kala sebak dihati ini teringatkanmu... mungkin kau milik orang lain.. aku redha, aku pasrah... Mungkin ini juga salah dari aku kerana membiarkan sahaja kau begitu, dan tidak menjaga kau dgn baik.. Jika ini lah takdirnya, aku terima segala ketentuan ini wahai topup Maxis dan Celcomku...
~Mood~ x tahu hilang kt mana, dah puas mencari tp x jmp.. saba je lah.. baru beli semalam, hehe..

Monday 20 February 2012

BR1M Mukim Tanjung Besar

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia bg 8 kampung di dalam mukim Tanjung Besar ni, hehe.. Fuh, terima kasih kpd semua yg terlibat, hehe.. Gembira dpt melihat masyarakat di sini mendapat bantuan tersebut dan sy berharap duit tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan terhadap penduduk.. Tp aku x boleh balik temerloh lg..hehe, bcoz at this moment ayah aku nak stay kat sini in a few days.. xpe2, aku ikut jer.. harini agak penat juga, tp happy.. mlm ni ayah aku keluar, so mlm ni boleh relax.. esok dah boleh relax sikit.. ada sikit gambar utk program tadi.. hehe..





Sunday 19 February 2012

PerjalananKu

Aku dilahirkan di Hospital Besar Kuantan Pahang, kira anak jati Pahang la, hehe.. cuma pada tahun 1993 family aku telah berhijrah ke Temerloh dan aku dibesarkan disana.. Semua sanak saudara aku still lagi berada di kuantan, dan kami sekeluarga selalu ke Kuantan.. Aku suka tinggal di Temerloh sbb  x sesak mcm kuantan or K.L.. Kwn2 pun dah ramai kat Temerloh, cuma loghat Temerloh tu boleh lah sikit2, hehe.. lepas habis SPM tu, aku sambung belajar di kuantan untuk Sijil&Diploma, hehe.. dekat dgn kampung aku.. aku suka belajar di sana.. Selama 3 tahun aku belajar di kuantan tu, dan alhamdulillah dapat juga aku grad.. byk pengalaman yg x dapat di lupakan dan ilmu yg aku timba semasa belajar.. Nnt ada, masa, aku cerita time aku belajar tu eh.. hehe..Tahun 2012 ni membuka lembaran baru utk aku, selepas aku habis belajar ini.. aku sgt seronok, Sementara menunggu keputusan UPU, aku mengikut ayah aku bekerja di Kuala Lipis.. Acctually, ayah aku baru bertukar kerja di Tanjung Besar daerah Kuala Lipis tahun 2012 ni, disini agak pedalaman sikit.. dan jarak dari Temerloh ke Tanjung Besar ni kira2 2 jam perjalanan, hehe.. jauh kan..?? so, aku pun menjadi driver ayah aku..  tp x apa, aku ikut jer.. hehe.. Tempat tinggal..?? hehe. pandai2 lah kami yer.. mama dan adik2 semua di Temerloh.. Berulang lah aku n ayah aku.. hehe, kdg2 penat juga bawa kreta nie, tp x apa, dapat berjalan tgok2 tempat org kan.. Orang2 sini semua byk yg baik2.. cuma lohgatnya agak berlainan dgn Temerloh, hehe.. kdg2 ambil masa juga nak paham, huhu.. Begitu lah rutin aku tiap2 minggu, kena berulang dari Temerloh ke Tanjung Besar Kuala Lipis menjadi driver ayah aku.. kira mcm bekerja lah.. hehe.. Go Go Chaiyokk.. (-^_^-)

M.A.Z

Assalamualaikum  w.b.t..

Sebenarnya aku x pandai nak menulis@menaip nie, tapi x apa lah eh, i'm newbie here..So, Nama aku Zhafran Iman.. Umur.?? masih muda, biarlah rahsia..tp awal 20an la.. hehe. Hobi.. apa eh.. macam2 lah, byk sgt hobinya.. Surf Enternet, play guitar(x pandai pun), singing(sumbang jekk), membesarkan badan n mcm2 lg lah.. Sgt kurang bercakap, kurang senyum.. mcm x ada perasaan la..tp perasaan ada.. Anak ke2 dr 4 adik beradik... Hmm, aku jenis yg mcm mana eh, rasanya jenis yg relax je kot.. siapa kwn dgn aku tahu la kot.. mama aku crita pun, dulu kcik2 aku suka main sorang2 je..Pendek kata, mudah la nak jaga.. Tentang Family aku, alhamdulillah, aku bersyukur krn Allah s.w.t mengurniakan aku keluarga yg bahagia.. Prinsip aku..? hehe, mudah je.. aku nak semua orang gembira dunia akhirat.. Minta maaf kalau introduction aku ni mcm x best je, aku x pandai nak bercerita, tp walau apa2 pun.. Thanks sbb jadi kwn aku.. Salam.. (-^_^-)