Tuesday 14 August 2012

MusiBah Di BulaN RamdHaN


Ni time nak buka jahit
Assalamualaikum swt semua.. Harap kawan2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dirahmati.. rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia, walaupun rasa mcm dah terlambat, hehe.. : p hehe.. Cuma di harap kita dapat sama2 lebih kan amalan kita pada hari2 akhir bulan ramadhan supaya mudah mudahan  kita mendapat malam lailatulqadar.. Hmm, aku nak nak cerita tentang musibah yg melanda diri aku sewaktu sehari sebelum nak menyambut hari pertama ramadhan.. Mcm ni....... Lepas aku siap makan malam, aku pun berjalan ke dapur la kononyerr, nak basuh pinggan, tiba2..!! adoiii...!  Astargfirullahalazim... rupa2nyer kaki aku terpijak kaca mug kat lantai.. tanpa berlengah masa, darah mengalir dgn laju seperti menderma darah, hehe.. betul2 kena kat tapak kaki aku.. ishh3x.. Apa lagi, bergegas lah aku ke hospital di temani oleh mak ayah aku.. sambil kaki dibaluti kain apa entah, haha.. Sampai kat sana aku disah kan akan menerima 4 jahitan di tapak kaki.. Rasanyer.. seperti..?? hmm, malas nak cerita, hehe.. Jadi dipendekkan cerita, seminggu ramadhan aku, dihabiskan di rumah sahaja, kerana aku dinasihat kan tidak byk bergerak.. mmg agak susah nak bergerak apabila mcm tu, aku jalan pun bertongkat.. x mo luka di tapak kaki tu lebih serius...Setelah seminggu berlalu dan proses buka jahit dibuat...

Sebelum jahit, cuci dulu

Aku di uji sekali lagi dgn mengalami sakit gigi yang terlampau, disebabkan mgkin kecuaian dokter ketika menampal gigi aku haritu, sehingga mgalami pendarahan kecil.. sehingga gusi aku bengkak teruk beb... sakitnya mmg aku x payah cerita lah, dahsyat sedahsyatnyer.. (sikit lagi nak jadi hulk) cuma aku stay cool je, hehe.. lagi sekali aku mghabiskan masa aku di rumah selama seminggu lagi, sbb sakit gigi kan, siapa tahan, nak buat kerja pun x ada mood.. bermacam2 ubat akau makan, lebih mendukacitakan, aku terpaksa korban kan puasa aku selama 4 hari, sbb terlalu sakit.. aku kena makan ubat... dahsyat betul, berulang alik aku ke klinik, gigi pun dah macam jadi bahan ujikaji dah.. Alhamdulillah, ni dah minggu terakhir bulan ramadhan, kaki aku beransur baik, gigi masih bertahan dgn ubat..  cuma aku ada apoinment dgn dokter balik utk buat rawatan akar pada gigi.. harap2 lepas ni semuanya akan baik, Aku x mo cabut gigi!! haha.. Apa2 pun aku ambil positif lah, semua ni... dan aku x kan lupa kan ramadhan2012 ni, mmg terbaik, hehe.. Mgkin ada sikit gambar time kaki kena jahit.. siapa ya x leh tgok, jgn tgok lerr, hehe.. ok lah, Salam semua.. =)

No comments:

Post a Comment