Saturday 26 January 2013

..Here i am..

Now, I am Junior Student, HeHe...
Assalamualaikum semua, semoga semua berada dalam keadaan baik dan mendapat keredhaan dari Allah swt... Tahun 2013 membuka lembaran baru bagi aku, kerana aku tidak lagi bekerja... Tetapi telah menyambung pelajaran aku ke sebuah IPT di bangi.. Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yg aku dapat semasa belajar diploma dan semasa aku bekerja sebelum ini, aku rasa aku dah cukup bersedia utk belajar dan bergaul dgn sesiapa sahaja di U tu.. Aku x tahu, apa lah special sgt aku ni, sampaikan orang tengok aku, diorg nak aku juga yang jadi class repp (Ketua Kelas)... Apalah ada pada aku.. Aku x banyak bercakap dalam kelas, dan aku hanya buat kerja aku saja.. Nak kata aku pandai, mmg hampeh lah.. X pandai pun.. Haishh, korang semua ni memang lah, korang x tahu siapa yang korang pilih ni, hahaha.. Orang yg paling malas sebenarnya, Macam mana nak jadi class repp...Hehe.. Mungkin korang tengok dari personaliti aku kot, haishh.. Macam2 lah korang ni.. X apa lah, class repp pun ok, dapat dekat dengan pensyarah kan.. Memang niat aku nak rapat dgn pensyarah pun, supaya dapat markah lebih, hehehe.. Aku dah berjanji pada diri aku yang aku x nak aktif dalam apa juga persatuan, kelab atau yang melibatkan aktiviti pelajar ni apabila aku kat U ni.. Aku x nak mula,, Kalau aku dan mula, memang susah aku nak berhenti.. Aku nak jadi budak pasif balik, macam dulu2.. Bukan aku x minat, aku sangat minat, berkobar kobar je hati aku ni bila tengok orang lain pergi join aktiviti tu.. Nak je aku join semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak U aku tu.. Cuma aku pk, biarlah sahabat2 aku yang lain melibatkan diri dalam aktiviti tu.. Aku rasa, aku nak berehat dari semua tu.. Boleh ke macam tu..?? Hmm, tapi aku tetap akan merindui segala aktiviti2 yang dibuat.. Sabar je lah.. Hehe, tapi apa2 pun aku harap, aku kat sini dapat belajar dengan sebaik mungkin dan keluar dari sini dgn menjadi mahasiswa berjaya, seterusnya dapat mengembirakan family aku.. hehe.. Aku rasa itu saja penceritaan aku utk harini.. Nanti, kalau ada perkara2 terbaru, aku akan cerita lagi ok, hehe.. Semoga korang sentiasa support aku ya, terima kasih banyak2.. Salam, TaTa.. ^_^

~ Birthday Boy ~

Jom Makan..!!

Assalamualaikum wbt semua kawan2, sahabat2 yg aku kasihi sekalian, semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat ya... Rasanya harini baru aku berkesempatan nak mengupdate, hehe.. Blog aku ni... dah lama x update.. Hmmm, apa yg aku nak cerita eh... Sebenarnya harini mcm tajuk di atas, "Birthday Boy"... Hahaha.. agak2 korang tahu x birthday siapa harini ya, ngeh3x... Dengan tiba2 aku rasa, aku nak makan KFC lah, ada sesiapa nak belanja x..?? hehe.. X ada lah, sebenarnya harini birthday aku.. 26/1... Aku rasa gembira harini sebab ramai sahabat2 aku wish birthday aku.. Aku nak ucapkan banya2 terima kasihlah, kepada sahabat2 aku yang masih mengingati birthday aku.. Aku x nak hadiah yg berbentuk material, cuma aku minta korang mendoakan kesejahteraan aku dunia dan akhirat... Itu pun dah cukup besar bagi aku... TQ3x.. hehe... Haa.. lagi 1, aku nak cerita aku dan keluarga dah berpindah sepenuhnya ke Kuala Lipis... X ada lagi Temerloh selepas ni.. Kalau balik cuti, semuanya di Lipis... Tapi x apa, mgkin kalau ada masa terluang aku boleh singgah di Temerloh apabila aku ada kelapangan dari segi masa kanm jumpa kawan2 lama aku.. Semalam pun kawan aku dah tanya bila nak balik Temerloh... InsyaAllah, akan ku ke sana wahai sahabatku.. hehe.. Rasanya itu saja lah utk kali ini, nnt aku cerita lagi eh.. Sebelum tu, aku nak nyanyikan lagu happy birthday utk diri sendiri boleh x..?? haha.. :p

Happy Birthday to Me...
Happy Birthday to Me......
Happy Birthday to Zhafran Iman...~~~
Happy Birthday to Me....~~~~~~~~~

TQ3x... Keh3x.. :p

Salam Semua..