Wednesday 29 August 2012

The BMW 2002 E10 Was Born

Assalamualaikum w.b.t kepada semua, semoga sihat2 selalu dan dipermudahkan segala perjalanan kalian semua ok, hehe.. Harini aku nak cerita sikit atau nak berkongsi la, tentang hobi or minat ni.. Boleh dikatakan kami sekeluarga ni memang minat kepada barang2 lama ni, contohnya macam kereta, jam, motosikal, dan sebagainya.. So kat sini, aku nak berkongsilah kepada anda semua, ini adalah salah satu projek yang kami family n group usahakan.. dan ianya sangat lah rare.. Dan ianya telah berjaya direstorasi selepas 3 tahun iaitu pada tahun 2010..  Kereta ini dibeli oleh ayah aku pada tahun 2007 rasanya, dan setelah melalui pelbagai proses selama 3 tahun,  pada tahun 2011 kereta ni dah pun dijual kepada orang KL..  Aku pun x pasti siapa orangnya, sebab aku x ada time tu, tapi mybe orang chinese lah.. Lepas pada tu, aku langsung x pernah tengok lagi kereta ni.. sempat juga lah, aku bawa kereta ni dulu2, memang steady laa. hehe.. Sampai sekarang kami sekeluarga masih lagi meminati barang2 lama ni, but mungkin kelapangan dari segi masa tu dah x macam dulu, selepas ayah aku tukar kerja n anak2nya pun belajar n kerja, memang kena ada penjagaanlah terhadap kereta tu..  Jadi kami membuat keputusan untuk lepaskannya kepada tuan barunya.. hehe.. bye2~~ Syabas kepada semua yang bertungkus lumus menyiapkan projek ni..  Jangan ingat kami orang kampung x boleh restore kereta ni, keh3x.. Aku difaham kan dalam Pahang ada 2 biji je, So far aku tengok, kereta yang paling cantik dalam banyak2 kereta BMW 2002 (E10) yang aku jumpa kat Malaysia ni, kereta ni laaa... hahaha.. ofcozz lah aku puji kereta ni.. Sepanjang perjalanan restorasi kereta ni di Temerloh Pahang, aku buatlah video sikit, sambil bosan2 kan.. Sebenarnyer video ni aku dah upload kat youtube dah tahun 2010 dulu, tajuknya "The BMW 2002 E10 Was Born" but then atas sebab2 tertentu abang aku delete buat sementara.. So siapa2 yang berminat tentang kereta2 klasik ni, boleh lah anda tengok ya.. Terima kasih, Harap korang terhibur.. Salam.. ^_^





Monday 27 August 2012

Sekilas Raya 2012


Adam main bunga api
Assalamualaikum semua kawan2, kenalan2, rakan2, sahabat2 keluarga2 dan yg mengenali diri ini.. wahh, hehe.. dah mcm duk di perantauan lah pulaaa.. =P...  HAAA... time ni baru aku nak cerita bab raya, but sebelum tu, sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Meyambut Hari Raya Eidulfitri kepada Semua Umat Islam di seluruh dunia, hehe..semoga raya kali ni dapat merapatkan hubungan diantara kita semua.. Raya tahun 2012 ni mmg best lah.. mcm biasa lah, tiap2 tahun mmg aku raya di kuantan lah kan, sebab aku pun memang orang sana pun, hehe..
Raya waktu malam
Raya pertama beraya di rumah belah abah.. dan raya kedua beraya di rumah belah mama.. memang seronok lah, kami semua berkumpul,berkonvoi, hehe.. Raya ke3 tu kami rehat2.. dan raya ke4, bermula lah sesi aku balik temerloh nak raya kat temerloh pula.. hahaha.. gembiranya rasa hati...sebab kawan2 aku semuanya di temerloh.. memang masa aku dihabiskan untuk beraya bersama kawan2 aku di sini.. sebab selepas ni kawan2 semua nak balik belajar,n ada yg dah kerja kan.. so.. sangat seronokkk.. hehe.. dan sangat banyak makan... haha.. Sampai kan ada 3 buah rumah tu, kami beraya 2 kali tau kat rumah tu, mmg buat muka tebal lah.. haha.. Dari tengah hari sampai ke tengah malam, x balik lagi, sambung pula hari berikutnyer... then sambung tgok wayang.. macam2...  fuhh~~ mmg dahsyatt geng2 beraya kali ni, hehe..Tp apa2 pun sekarang ramai yg dah balik belajar balik, ada yg dah p kerja semua, termasuk lah aku.. Semoga tahun depan kita berjumpa lagi ok Semua.. Selamat belajar, selamat bekerja.. Selamat hari raya.. Miss u alll..!! =)

Ini DaH LebiH

Cantikk
Assalamualaikum semua kawan2 semua.. harap2 semua dalam keadaan sihat ya.. Dan kat sini aku nak ucapkan Selamat hari Raya Eidulfitri kepada semua umat islam diseluruh dunia, hehe.. tapi sebelum tu aku bukan nak cerita pasal raya lagi ni ok, hehe.. Sekarang aku nak cerita pasal kejadian kat rumah aku.. hari sabtu baru ni la, kan ramai org buat kenduri kahwin kan.. dah ada lah rumah sebaris aku ni buat kenduri kahwin juga, ramai org datang.. itu x kesah lah kan, biasa lah, kereta mmg byk kan parking tepi2 tu.. Kebetulan pula depan rumah aku, parking lah kereta ayah aku luar pagar....n kitorg keluar lah banda jap nek kreta lain, g beraya mcm tu.. then, last2 balik, kitorg tgok..... Hasilnyerrr... hehe...
Haiyooo,, apa nak dikata.. benda dah jadi kan, entah orang mana terlanggar sidemirror kreta ayah aku.. patah la... Dah lerr stock barang susah nak dapat.. Dah la dulu2 pun dah penah kena langgar sidemirror ni.. mmg korang suka langgar sidemirror je ehh? hehe.. Gurau jek, Tp x apa lah, ada hikmah setiap apa yg terjadi.. kitorg relax je, haha.. Dah aku yg kena repair mggunakan kepakaran yg aku ada, hoho.. Mcm2 ekk benda terjadi, lepas satu.. satu... hehehe.. Apa2 pun aku doa kan org yang terlanggar tu, lepas ni x terlanggar lagi la ok.. hehe..itu nasib baik langgar sidemirror,, kalau langgar anak orang?? haaa.. hehehe.. Tapi, apa2 pun, kepada  yg membawa kereta ni, drive carefully ok..hehe, k babai, salam ~~

Wednesday 15 August 2012

Cermin Oh Cermin

sabo je larr
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah aku dah siap berbuka di Kuala Lipis.. Esok lepas berbuka baru aku balik temerloh rasanya, x sabar nak balik... Harini kerja relax je, mcm biasa saja..  Ohya, sebelum terlupa, aku nak cerita pasal kejadian yg berlaku kelmarin lah... Waktu tu aku tengah drive, dari Kuala Lipis ke Temerloh, mcm biasa... x berapa laju, x berapa perlahan, biasa2 saja, hehe.. lepas tu dari jauh aku nampak sebuah lori bijih besi yg sangat laju sedang menurun bukit, dari arah bertentangan dan nak melepasi sebuah jambatan.. Aku pun mcm biasa lah, bg laluan dulu kat lori tuh.. Then lepas lori tu melepasi jambatan tu, tiba2 lori tu bergoyang agak kuat, menyebabkan mgkin bijih besi tu terkeluar dari lori ke, batu ke, apa lagi...... tiba aku tgh drive tu, punya lah terkejut aku sbb cermin depan kereta aku pecah.. di sebabkan lori tadi tu, then lori tu lalu mcm tu je.. aku dah x boleh nampak apa2 kat cermin depan, Syukur Alhamdulillah sbb kami x mengalami sebarang kecederaan.. Then aku terpaksa drive kreta dgn perlahan hampir setengah jam untuk ke kedai yg berdekatan utk mgganti cermin baru.. Apa pun aku nasihat kepada siapa2 yg memandu tu, bawa lerr kreta elok2 ekk, lebih2 lagi kenderaan berat tu.. x payah lar laju2 sangat... Dah la mood nak raya, hehe.. Apa2 pun Syukur Alhamdulillah..

Tuesday 14 August 2012

MusiBah Di BulaN RamdHaN


Ni time nak buka jahit
Assalamualaikum swt semua.. Harap kawan2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dirahmati.. rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia, walaupun rasa mcm dah terlambat, hehe.. : p hehe.. Cuma di harap kita dapat sama2 lebih kan amalan kita pada hari2 akhir bulan ramadhan supaya mudah mudahan  kita mendapat malam lailatulqadar.. Hmm, aku nak nak cerita tentang musibah yg melanda diri aku sewaktu sehari sebelum nak menyambut hari pertama ramadhan.. Mcm ni....... Lepas aku siap makan malam, aku pun berjalan ke dapur la kononyerr, nak basuh pinggan, tiba2..!! adoiii...!  Astargfirullahalazim... rupa2nyer kaki aku terpijak kaca mug kat lantai.. tanpa berlengah masa, darah mengalir dgn laju seperti menderma darah, hehe.. betul2 kena kat tapak kaki aku.. ishh3x.. Apa lagi, bergegas lah aku ke hospital di temani oleh mak ayah aku.. sambil kaki dibaluti kain apa entah, haha.. Sampai kat sana aku disah kan akan menerima 4 jahitan di tapak kaki.. Rasanyer.. seperti..?? hmm, malas nak cerita, hehe.. Jadi dipendekkan cerita, seminggu ramadhan aku, dihabiskan di rumah sahaja, kerana aku dinasihat kan tidak byk bergerak.. mmg agak susah nak bergerak apabila mcm tu, aku jalan pun bertongkat.. x mo luka di tapak kaki tu lebih serius...Setelah seminggu berlalu dan proses buka jahit dibuat...

Sebelum jahit, cuci dulu

Aku di uji sekali lagi dgn mengalami sakit gigi yang terlampau, disebabkan mgkin kecuaian dokter ketika menampal gigi aku haritu, sehingga mgalami pendarahan kecil.. sehingga gusi aku bengkak teruk beb... sakitnya mmg aku x payah cerita lah, dahsyat sedahsyatnyer.. (sikit lagi nak jadi hulk) cuma aku stay cool je, hehe.. lagi sekali aku mghabiskan masa aku di rumah selama seminggu lagi, sbb sakit gigi kan, siapa tahan, nak buat kerja pun x ada mood.. bermacam2 ubat akau makan, lebih mendukacitakan, aku terpaksa korban kan puasa aku selama 4 hari, sbb terlalu sakit.. aku kena makan ubat... dahsyat betul, berulang alik aku ke klinik, gigi pun dah macam jadi bahan ujikaji dah.. Alhamdulillah, ni dah minggu terakhir bulan ramadhan, kaki aku beransur baik, gigi masih bertahan dgn ubat..  cuma aku ada apoinment dgn dokter balik utk buat rawatan akar pada gigi.. harap2 lepas ni semuanya akan baik, Aku x mo cabut gigi!! haha.. Apa2 pun aku ambil positif lah, semua ni... dan aku x kan lupa kan ramadhan2012 ni, mmg terbaik, hehe.. Mgkin ada sikit gambar time kaki kena jahit.. siapa ya x leh tgok, jgn tgok lerr, hehe.. ok lah, Salam semua.. =)