Friday 19 July 2013

Ramadhan.. Ramadhan.. Ramadhan...

Assalamualaikum wbt.. semua kawan2 sahabat sekalian.. Aku harap korang semua berada dalam keadaan baik, sihat sejahtera.. Setelah sekian lama aku x update blog ni, rasanya dah dekat 2 bulan dah... Selama 2 bulan ni x ada apa cerita sangat sebenarnya.. Cuma, duduk di rumah dan melakukan beberapa aktiviti saja.. Maklumlah puasa kan.. Aku rasa, masih belum terlambat utk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua kenalan2 aku, dan umat islam seluruh dunia.. Wah, mcm dalam tv pula, hehe.. Hmm, acctually sekarang aku tgh cuti dari bulan 5 haritu.. Cuti semester, 3 bulan lebih, lama kan.... So  selama 3 bulan aku cuti ni nak kata aku berkerja tu , x ada lah sangat.. Cuma bekerja dari rumah sajalah.. Boleh la, cari duit poket sikit sementara nak tggu raya kan.. Lepas raya dah masuk study, mgkin masa tu x ada nak bisnes lagi.. Apa2 pun aku bersyukur sbb selama 3 bulan ni banyak perkara yang aku belajar, terutama dalam dunia bisnes ni.. Amat menyeronokkan.. Bisnes apa, x yah tau la eh... Bersyukur sgt dapat kenal dgn dia... Apa2 pun terima kasih.. So, lepas ni.. x tahu nak buat apa..  Bangun tido... bangun tido la.. haha.. K lah, aku rasa sampai sini ja kot.. x tau nak ckp apa lagi, nanti kalau ada cerita baru.. Aku bercerita lagi ok.. Zhafran Iman, kau mmg seorang yg kuat.. InsyaAllah, ada jalan utk kau.. Kau belajar baik2 okay..!! Semoga Ramadhan selepas ni, bukan lah menjadi ramadhan yg tersakiti utk kau k.. Semoga mendapat keberkatan dunia akhirat..
Salam..  =)

Monday 20 May 2013

# Holiday mode Biasa2 saja #

Assalamualaikum wbt semua.. Anda semua berada dalam keadaan sihat dan mendapat keberkatan oleh Allah swt.. Dah hampir sebulan aku x update blog aku ni, baru harini ada la feel sikit2 nak update, hehe.. Acctually sebulan lepas ni aku gak sibuk dgn study dan nak final exam.. So biasa la, life as student ni kan, mmg mcm tu.. tapi yg x berapa bagusnya aku ni study last minute, adehhh, mmg teruk la.. hehe.. Tapi sekarang exam aku dah habis, dan dah mula sesi cuti semester utk aku, dan utk pengetahuan korang semua cuti semester aku ni 3 bulan setengah, dgn kata nama lain, bulan 9 nnt baru aku masuk belajar balik. haha.. Aduhai.. Seronok tu mmg lah seronok.. Tapi lama tu, nak buat apa kat rumah.. Mmg ada rasa nak kerja. Tapi x tahu nak kerja apa.. Sekarang aku dah berada di rumah family aku, di kuala lipis.. kalau duduk kat sini, mcm biasa la.. Mmg x ke mana, kawan x ada apa pun x ada, hehe.. Cuma duduk rumah saje buat hal sendiri.. Utk permulaan ni aku ada buat sedikit sesi pembelajaran la bgaimana cara2 nak buat bisnes on9 ni.. Baru aku tahu nak buat ni bukan 1 kerja yg mudah juga. kena cekap mengurus lah, kalau x , kepala akan pening, dan cepat naik darah tinggi.. hehe.. Walaupun belum mula lagi, tapi aku dah rasa kesusahannya, hehe..Credit too my bisnes friend, sebab byk ajar aku utk meguruskan benda ni.. Apa2 pun aku mmg salute dia sebab sebelum ni dia mula belajar buat bisnes on9 hanya dgn lihat guaidlines je. sedangkan aku... mengharapkan call, baru boleh jalan bisnes.. I have nothing.. Haishh, kat situ pun aku dah nampak tahap aku kat mana, tapi x apa.. Apa yg aku buat semua utk dia.. Aku belajar sesuatu dari perkara tersebut... Dan aku hanya nak kan pengalaman tersebut.. Itu pun dah mencukupi.. Kalau ikut kan apa yg aku buat, x cukup nak balas jasa dia kat aku pun.. But its ok, i try my best.. Aku nak buktikan yg apa yg dia pk pasal aku x betul.. Wah, harini adalah hari yang panas, bahang makin terasa takkala berada di dalam rumah dengan kipas yg berpusing laju... Cis, nak falsafah pulaa.. Acctually, harini aku nak isi borang kerja kosong, sbb aku dapat tahu ada kekosongan jawatan, x jauh pun, area2 pahang juga.. Aku nak try lah nasib aku, kalau lah jadi rezeki aku, mana lah tahu.. hehe.. Minta2 dapat la kerja tu, Amin.. Pasal blaja, mcm biasa la, kene berhenti la kalau dapat.. Aku seronok belajar kat sana, kawan2, suasana... Dan cabaran, dugaan, suka, duka aku kat sana pun banyak sgt.. Tapi aku rasa, aku nak bekerja.. X tahu kenapa tiba2 ada perasaan tu.. Apa2 pun, korang doakan aku berjaya ya.. Nanti kalau ada apa2 lagi, aku akan cerita lagi.. ok, Happy Monday.. Salam.. ^_^

Sunday 21 April 2013

= Something Happen For Reason =


Assalamualaikum wbt semua, Hai.. Apa kabar... Harap korang sihat sejahtera ya.. Harini perasaan sayu masih menyelubungi diri aku.. Tapi aku harap ianya x memberi kesan terhadap pelajaran aku la, dan aku rasa aku ok.. Belajar is belajar... Hati dan perasaan adalah perkara lain, aku x boleh campur adukkan.. Xpe, harini, aku nak rasa selesa sikit, so aku pun buat lah kerja2 aku yg mana belum siap tu..Walaupun progressnyer x cepat mana, hehe.. Harini pun mcm nak hujan je ni.. Wahh,mmg best utk layan feeling kan, tapi relax, x boleh.. belum masanya lagi... Aku pun x tahu nak cerita pasal apa ni, saja nak bercerita, berborak2 dgn diri sendiri.. Tunggu aku balik nanti, baru lah aku nak melayan perasaan aku ni ha, hehe... Nak kata heppy, x berapa happy.. Nak katan sedih, dah puas dah sedih.. x tahu la.. Apa lah aku ni... Selama ni prinsip yg aku pakai, "Kalau takot di lambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai" dah terkena pada batang hidung aku sendiri.. Ha, Nasib lah kau Zhafran iman.. Byk orang dah nasihat kau, tapi kau ni, baik sgt dgn perempuan... Perempuan ni hatinya sangat lembut, mudah tersentuh... Sekarang perasaan tu dah terkena kat diri kau, baru kau tahu... Apa nak buat..?? Mulalah x keruan.. haiyaa.. Kau ni.. Ya Allah, kau bagilah aku petunjuk agar memudahkan perjalanan aku dan perjalanan kawan2 aku... Supaya semuanya berakhir dgn 1 keputusan yang memuaskan hati semua orang... Ada 1 perkara yg aku x dapat nak cerita, yg menjadi punca segalanya... Tapi aku harap, ianya akan berakhir dgn baik... Haaa... Lapa lah pula ni... Jom makan semua.. Aku rasa sampai sini dulu lah, nanti ada masa.. Aku cerita lain pula ye kawan2.. X tahu kenapa pula aku byk bercerita dalam sebulan ni... Doakan aku kuat ya... Dan aku nak rakan2 aku pun kuat juga... Miss that moment.. Assalamualaikum.. ^_^

Saturday 20 April 2013

Thank You Ju

Thanks Ju for this song, i really appreciate it..
I will remember it..

seriously, u make me cry, hehe... tq..
thanks for being my friend...
and you are my colourfull freind... ^_^

.......and again.......


Assalamualaikum wbt semua... Semoga semua sahabat sihat hendaknya.. Harini hari cuti utk aku.. Dan aku x buat apa2, cuma duduk2, rehat2, on9, main gitar... Sebab malam ni nak study kan, jadi tengah hari kena relax2 dulu ptg ni.. Sebenarnya cuti sabtu ahad je, bukan cuti panjang ke apa.. hehe.. Dan aku x balik ke Kuala Lipis, sbb minggu lepas aku dah balik.. Dah tiba masanya utk aku fokus utk final projek yg aku kena siapkan.. hehe.. Asyik balik je, x jadi juga kan.. Sebenarnya aku pun x tahu, tiba2 saja aku terasa nak menceritakan something yang aku sendiri pun x tahu..Pelik kan..? Hmm, tu lah... Tiba2 saja harini aku rasa 1 perasaan yang sayu dan agak sedih la... Mungkin akan ada musibah yang akan menimpa aku.. Aku x tahu nak pk apa, mybe aku akan kehilangan sesuatu.. Aku harap Allah swt memberikan aku petunjuk agar aku lebih mudah membuat keputusan.. Dan andai kata keputusan aku tu x dapat memenuhi kehendak, aku minta maaf.. Aku dah cuba.. Aku harap lepas ni, aku lebih matang dan aku berterima kasih kepada semua orang yang menjadikan aku lebih berpengalaman dari hari2 sebelumnya dan menjadikan  setiap hari adalah hari yang hebat dan ceria utk aku ya.. Aku doakan setiap sahabat2 aku berjaya dalam segala perjalanan hidupnya dan bahagia bersama orang yang berhak ke atasnya.. Aku harap kita dapat bertemu lagi di lain masa.. Terima Kasih... Terima Kasih dan Terima Kasih... Maafkan aku atas segalanya..... U makes my day colourfull, i'm so happy...  Assalamualaikum.. '_'

ps: Aku selit la sikit lagu ni ya, dgr la....


"Ku cuba ungkap tabir ini.....Kisah antara kau dan aku"

mood: sedihdansayu............

Monday 15 April 2013

I Dont Wanna Miss A Thing

Assalamualaikum wbt kepada rakan2, sahabat2 aku sekalian.. Semoga anda semua berada dalam keadaan baik, sihat dan sentiasa berada dalam rahmatNya.. Aku rasa dah hampir sebulan aku x update blog aku ni.. Baru harini aku berkesempatan dan mempunyai jiwa untuk update, cewahh.. hehe.. Sebenarnya aku pun x tahu yg aku nak cerita tentang apa, tapi aku rasa nak cerita juga.. Tajuk pun aku x tahu nak buat apa ni... Tapi harini aku rasa agak kesunyian la, x tahu lah kenapa.. Aku banyak dengar lagu, lagu dan lagu.. Dalam kelas tadi pun x berapa fokus sebenarnya, tapi dengar juga apa yg pensyarah tu ckp, hehe..Maaf lah, aku ni mmg suka berkias sikit sebelum nak cerita..Sian korang kena baca pjg2 kan. hehe.. Tapi dalam seminggu ni aku ada belajar 1 lesson la, yang berguna untuk aku... Mungkin belajar dari keadaan sekeliling, mungkin dr pengalaman orang lain atau mungkin belajar dari pengalaman aku sendiri.. Macam mana aku nak cakap eh.. Hmm, aku belajar untuk tidak buat perkara yang membuat orang lain tersinggung walaupun perkara tersebut tidak disengajakan dan memang bukan salah kita.. Apa yang aku nak highlight kan kat sini ialah "Kita Cuba Pikir Perasaan Orang lain" ok..?? Sebab kalau benda tu terjadi kat kita.. Belum tentu kita boleh hadapinya lagi... Dan belum tentu kita akan sekuat dia, kan... Selagi orang tu masih ada, cubalah kita hargai si dia, walaupun kita dengan si dia hanya kawan.. Nanti ,mulalah rasa sunyi pula, hehe.. Janganlah abaikan rakan2 kita ok, hehe... Cuma biasa lah, setiap manusia melakukan kesilapan kan.. Kita belajar dari kesilapan ok.. Haaaa, mesti korang x paham kan dgn apa yang sebenarnya aku cerita, hehe, tapi x apa lah, biar aku sorang je lah yang paham yer.. Hehe, x ada kena mengena dgn aku pun, saja je aku cerita ni... hahaha.. Semoga harini lebih baik dari semalam dan begitulah berikutnya..

Kat Bawah ni aku senaraikan tajuk lagu2 yang aku dengar tadi ya.. Salam.. ^_^

1) I Dont Wanna Miss A Thing - Aerosmith
2) Aku Ingin Mencintaimu - Edcoustic
3) Aku Yang Tersakiti - Judika
4) Dipenjara Janji - Awie
5) Izinkan Selamanya Namamu Dihati - Eye
6) Izinkan Ku Pergi - Kaer
7) Jangan Bilang Tidak - Raffi Ahmad n Ayushita
8) Rindu Serindu-Rindunya - Spoon

# korang tengok tajuk lagu, baru tahu perasaan seseorang tu mcm mana kan, hehe.. kadang2 nak luahkan perasaan tu susah.. Dengan lagu, kita dapat tahu... bye.. ^_^

Saturday 23 March 2013

: 3M :

Assalamualaikum wbt kepada sahabat2 semua.. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam rahmat Allah swt... Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari2 mendatang... Aku rasa dah sebulan lebih aku x update blog ni... Mgkin harini aku rasa baru free dan sesuai nak bercerita kot... Biasa lah, student baru lah katakan, hehe.... Padahal x ada lah sibuk sangat, berjalan je kuat... hehe.. Mesti korang tertanya tanya apa tu 3M kan.. Aku pun x tahu kenapa aku nak cerita pasal 3M ni.. Harini aku nak bercerita tentang, Menyukai, Merindui dan Menyanyangi.. Ha, itu lah sebenarnyer 3M tu, hehe.. Sebagai manusia kita x terlepas dari 3M ni, sebab itu adalah fitrah kita... Semua orang ada rasa suka, rasa rindu dan rasa sayang... Tak kesah lah kepada siapa pun, walaubagaimana pun sesorang tu, dia pasti merasainya, walaupun terhadap diri dia sendiri.. Menyukai, merindui dan menyayangi ni adalah nilai murni yg dipupuk sejak kita kecil, selagi mana ia tidak di salah guna dan tidak  bercanggah dari istilah, syarak bagi yg beragama islam.. Menyukai, merindui dan menyayangi.. Aku rasa korang pun lagi tahu kan, 3M ni walaupun sealiran, tapi ianya mempunyai makna yang berbeza... Contohnya dalam 1 hubungan, mesti kita ada rasa menyukai dulu kan... Then baru kita akan rasa merindui tu... dan seterusnya.. Kalau menyukai x semestinya merindui.. kalau merindui, x semestinya menyayangi... Tetapi, kalau dah menyayangi sudah pasti akan rasa merindui dan menyukai kan...Tu kan 1 proses dalam kehidupan seharian kita.. Jadi jgn risau, dan sifat kesabaran itu penting dalam 1 hubungan ok.. Tapi yang penting sebagai seorang yg beragama islam, Allah swt adalah yg utama untuk rasa menyukai, merindui, menyanyangi dan mencintai... Barulah Allah swt akan membuka hati orang lain supaya suka, rindu, sayang dan cintakan kita..  Maaflah kalau penceritaan aku ni kurang menarik, tapi memang aku nak cerita juga pasal 3M ni. Tak tahu kenapa.. hehehe.. Semoga Allah swt membuka jalan untuk kita semua ya.. Salam.. ^_^

Thursday 14 February 2013

# ANNA HUMAIRA MUSLIMAH HOUSE #


Assalamualaikum wbt semua.. Harap2 sahabat semua berada dalam keadaan sihat dan dirahmati oleh Allah swt.. Harini adalah hari cuti utk aku, dan harini aku nak share dgn anda semua  Koleksi-koleksi dari ANNA HUMAIRA MUSLIMAH HOUSE... Untuk pengetahuan anda, pakaian2 dari ana humaira adalah pakaian yg diimport dari mesir, dan harganya murah... Untuk permulaan ni ANNA HUMAIRA menyediakan pakaian2 untuk muslimat sahaja, dan selepas ini insyaAllah akan ada pakaian2 untuk muslimin2 pula yerr, hehe.. "Jom jaga aurat kita"... Nak ckp byk pun x perlu la, Jom kita tengok Koleksi2 dari ANNA HUMAIRA ni ya, hehe...

2 meter ,bidang 60+ dan dijahit tepi

Sockhand








Jubah


ANNA HUMAIRA MUSLIMAH HOUSE

itu adalah antara2 koleksi yang ada di ANNA HUMAIRA MUSLIMAH HOUSE.. Cantikkan.. Kalau anda semua nak tengok dengan lebih jelas dan banyak lagi, anda bole terus saja layari facebook ANNA HUMAIRA MUSLIMAH HOUSE   di https://www.facebook.com/AnnaHumairaMuslimahHouse.

Sebarang pertanyaan berkenaan koleksi pakaian terbaru atau pembelian, anda boleh terus menghubungi Anna (013-9774270) atau boleh inbox sahaja di fb yang tertera.. Sambil membeli, sama2 kita menjaga aurat ya... hehe..

Selamat membeli... ^_^

Assalamualaikum sahabat..

Saturday 26 January 2013

..Here i am..

Now, I am Junior Student, HeHe...
Assalamualaikum semua, semoga semua berada dalam keadaan baik dan mendapat keredhaan dari Allah swt... Tahun 2013 membuka lembaran baru bagi aku, kerana aku tidak lagi bekerja... Tetapi telah menyambung pelajaran aku ke sebuah IPT di bangi.. Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yg aku dapat semasa belajar diploma dan semasa aku bekerja sebelum ini, aku rasa aku dah cukup bersedia utk belajar dan bergaul dgn sesiapa sahaja di U tu.. Aku x tahu, apa lah special sgt aku ni, sampaikan orang tengok aku, diorg nak aku juga yang jadi class repp (Ketua Kelas)... Apalah ada pada aku.. Aku x banyak bercakap dalam kelas, dan aku hanya buat kerja aku saja.. Nak kata aku pandai, mmg hampeh lah.. X pandai pun.. Haishh, korang semua ni memang lah, korang x tahu siapa yang korang pilih ni, hahaha.. Orang yg paling malas sebenarnya, Macam mana nak jadi class repp...Hehe.. Mungkin korang tengok dari personaliti aku kot, haishh.. Macam2 lah korang ni.. X apa lah, class repp pun ok, dapat dekat dengan pensyarah kan.. Memang niat aku nak rapat dgn pensyarah pun, supaya dapat markah lebih, hehehe.. Aku dah berjanji pada diri aku yang aku x nak aktif dalam apa juga persatuan, kelab atau yang melibatkan aktiviti pelajar ni apabila aku kat U ni.. Aku x nak mula,, Kalau aku dan mula, memang susah aku nak berhenti.. Aku nak jadi budak pasif balik, macam dulu2.. Bukan aku x minat, aku sangat minat, berkobar kobar je hati aku ni bila tengok orang lain pergi join aktiviti tu.. Nak je aku join semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak U aku tu.. Cuma aku pk, biarlah sahabat2 aku yang lain melibatkan diri dalam aktiviti tu.. Aku rasa, aku nak berehat dari semua tu.. Boleh ke macam tu..?? Hmm, tapi aku tetap akan merindui segala aktiviti2 yang dibuat.. Sabar je lah.. Hehe, tapi apa2 pun aku harap, aku kat sini dapat belajar dengan sebaik mungkin dan keluar dari sini dgn menjadi mahasiswa berjaya, seterusnya dapat mengembirakan family aku.. hehe.. Aku rasa itu saja penceritaan aku utk harini.. Nanti, kalau ada perkara2 terbaru, aku akan cerita lagi ok, hehe.. Semoga korang sentiasa support aku ya, terima kasih banyak2.. Salam, TaTa.. ^_^

~ Birthday Boy ~

Jom Makan..!!

Assalamualaikum wbt semua kawan2, sahabat2 yg aku kasihi sekalian, semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat ya... Rasanya harini baru aku berkesempatan nak mengupdate, hehe.. Blog aku ni... dah lama x update.. Hmmm, apa yg aku nak cerita eh... Sebenarnya harini mcm tajuk di atas, "Birthday Boy"... Hahaha.. agak2 korang tahu x birthday siapa harini ya, ngeh3x... Dengan tiba2 aku rasa, aku nak makan KFC lah, ada sesiapa nak belanja x..?? hehe.. X ada lah, sebenarnya harini birthday aku.. 26/1... Aku rasa gembira harini sebab ramai sahabat2 aku wish birthday aku.. Aku nak ucapkan banya2 terima kasihlah, kepada sahabat2 aku yang masih mengingati birthday aku.. Aku x nak hadiah yg berbentuk material, cuma aku minta korang mendoakan kesejahteraan aku dunia dan akhirat... Itu pun dah cukup besar bagi aku... TQ3x.. hehe... Haa.. lagi 1, aku nak cerita aku dan keluarga dah berpindah sepenuhnya ke Kuala Lipis... X ada lagi Temerloh selepas ni.. Kalau balik cuti, semuanya di Lipis... Tapi x apa, mgkin kalau ada masa terluang aku boleh singgah di Temerloh apabila aku ada kelapangan dari segi masa kanm jumpa kawan2 lama aku.. Semalam pun kawan aku dah tanya bila nak balik Temerloh... InsyaAllah, akan ku ke sana wahai sahabatku.. hehe.. Rasanya itu saja lah utk kali ini, nnt aku cerita lagi eh.. Sebelum tu, aku nak nyanyikan lagu happy birthday utk diri sendiri boleh x..?? haha.. :p

Happy Birthday to Me...
Happy Birthday to Me......
Happy Birthday to Zhafran Iman...~~~
Happy Birthday to Me....~~~~~~~~~

TQ3x... Keh3x.. :p

Salam Semua..