Saturday 8 September 2012

Ular Mengawan

Assalamualaikum semua.. Mesti korang pelik kan dengan tajuk blog aku kali ni, Ular Mengawan?? Apa bendalah ular mengawan, haha..x ada cerita lain ker..?? Tapi.... bagi aku ular ni agak besar saiznyer sikit, dan dah sah2 lah kalau mengawan tu ada 2 ekor ye x..? x kan sekor kot, hehe.. Itu yang membuatkan berminatnyer aku nak cerita pasal ular mengawan ni, lagipun kejadian ni berlaku pada minggu ke2 hari raya aidilfitri 2012 baru2 ni, di Kampung Tanjung Besar Kuala Lipis.. Tempat aku bekerjalah, sebab tu aku nak cerita.. Hmm, aku dapat cerita n video ni pun dari seorang rakan aku penduduk kampungdi situlah, memang agak terkejut lah tengok saiz ular ni.. Dan nama ular ni, Ular Tedung Selar.. Orang kata, kalau kita kena patuk dengan ular tedung selar ni, 7 second je, memang K.O.. hehe.. Memang lagi menakutkan aku lah, bila dengar panjangnya hampir 15 kaki der, bapak panjang gilerrr dan besar sama dengan betis seorang dewasa.. Takot aku.. Aku difahamkan ular ni ditemui oleh seorang penduduk kampung yang rumahnya berdekatan dengan sebuah sekolah di situ.. Waktu dia mula berjalan di laman rumah, dia terserempak dengan 2 ekor ular ni then memang terkejut 'berukk lah.. Melompat lah member sorang ni, terus masuk rumah..  Diorang kata lagi, disamping ular tu mengawan, ada juga bunyi2 ular yang agak kuat, ala.. mcm bunyi SsssSsss tu laaaaa, memang menakutkan, Lama juga ular ni mengawan, dalam setengah jam juga lah, then selepas tu, kedua2 ular ni di tembak dengan senapang patah, hehe.. X ada orang nak berani dekat kalau saiznya mcm ni... Nasib baik lah waktu kejadian ni hari sabtu cuti sekolah, jadi murid2 pun x ada.. Kalau korang x percaya korang boleh tengok video ni, dan video ni pun diambil zooming la, mungkin agak kabur, tapi boleh laahh..Tengok tau.. =)

Classmate DiPloMa (DKM 6i July 2011 Polisas)

Assalamualaikum kepada, kenalan, sahabat, rakan dan taulan semua.. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat yerrr.. Alhamdulillah, masih diberi peluang dan ruang oleh Allah swt utk hidup dia bumi yang indah ini.. Aku bersyukur kepadaMu.. Ok, harini setelah aku rehat menaip blog selama seminggu, harini aku nak berkongis pasal ClassMate aku time aku ambil Diploma di Polisas.. Aku pun x berapa ingat lah berapa jumlah classmate aku, sebab banyak sangat dah kadang2 bertambah.. Nama kelas aku DKM 6 i means Diploma Kejuruteraan Mekanikal.. 6 stand for semester six lahh.. dan i standfor Integrasi... Integrasi adalah student yang lepasan sijil poli dan sambung pengajian diploma di poli juga, sebab nama integrasi.. hehe.. Nak cerita pasal pengalaman waktu belajar dulu, agak best juga... Memang aku ni kalau dalam kelas memang akan duduk depan, barisan pertama n tengah2.. itulah tempat duduk favourite aku, dan nak kata aku ni selalu datang awal, x ada lah.. 5 minit sebelum kelas bermula, aku sampai lah kelas.. Rakan2 kelas pun baik2, Mungkin aku boleh katakan, yang aku ni waktu belajar diploma, agak aktif beraktiviti dgn aktiviti pelajar ni, dan agak kurang menghabiskan masa bersama kawan2 kelas.. Kadang2 hanya dalam kelas je kami bertemu.. Nanti ada masa, aku cerita tentang aktiviti pelajar yang aku sertai ok di poli dulu, hehe.. Tapi kebanyakan kawan2 dalam kelas aku ni dah tua dari aku.. paling tua umur 26 tahun.. Tapi kami bersahabat baik la, semua benda dapat di settlekan dengan mudah, bantu membantu.. Apa2 korang memang best, tapi apakan daya, setiap pertemuan ada perpisahan.. Walaupun berpisah jasad namun hati kita tetap mendoakan antara 1 sama lain, tanda persahabatan kita semua... Dan selepas aku grad, aku adalah buat sikit video sebagai kenang kenangan tentang classmate aku saja, mungkin ada yang x ada dalam video ni, minta maaflah, ni je gambar yang aku ada, aku dah cuba search dah, hehe.. harap2 anda semua terhibur, hehe.. Terima Kasih Sahabat.. =)