Saturday 8 September 2012

Ular Mengawan

Assalamualaikum semua.. Mesti korang pelik kan dengan tajuk blog aku kali ni, Ular Mengawan?? Apa bendalah ular mengawan, haha..x ada cerita lain ker..?? Tapi.... bagi aku ular ni agak besar saiznyer sikit, dan dah sah2 lah kalau mengawan tu ada 2 ekor ye x..? x kan sekor kot, hehe.. Itu yang membuatkan berminatnyer aku nak cerita pasal ular mengawan ni, lagipun kejadian ni berlaku pada minggu ke2 hari raya aidilfitri 2012 baru2 ni, di Kampung Tanjung Besar Kuala Lipis.. Tempat aku bekerjalah, sebab tu aku nak cerita.. Hmm, aku dapat cerita n video ni pun dari seorang rakan aku penduduk kampungdi situlah, memang agak terkejut lah tengok saiz ular ni.. Dan nama ular ni, Ular Tedung Selar.. Orang kata, kalau kita kena patuk dengan ular tedung selar ni, 7 second je, memang K.O.. hehe.. Memang lagi menakutkan aku lah, bila dengar panjangnya hampir 15 kaki der, bapak panjang gilerrr dan besar sama dengan betis seorang dewasa.. Takot aku.. Aku difahamkan ular ni ditemui oleh seorang penduduk kampung yang rumahnya berdekatan dengan sebuah sekolah di situ.. Waktu dia mula berjalan di laman rumah, dia terserempak dengan 2 ekor ular ni then memang terkejut 'berukk lah.. Melompat lah member sorang ni, terus masuk rumah..  Diorang kata lagi, disamping ular tu mengawan, ada juga bunyi2 ular yang agak kuat, ala.. mcm bunyi SsssSsss tu laaaaa, memang menakutkan, Lama juga ular ni mengawan, dalam setengah jam juga lah, then selepas tu, kedua2 ular ni di tembak dengan senapang patah, hehe.. X ada orang nak berani dekat kalau saiznya mcm ni... Nasib baik lah waktu kejadian ni hari sabtu cuti sekolah, jadi murid2 pun x ada.. Kalau korang x percaya korang boleh tengok video ni, dan video ni pun diambil zooming la, mungkin agak kabur, tapi boleh laahh..Tengok tau.. =)

No comments:

Post a Comment